Pages

Wednesday, January 4, 2012

Ikhlas

Secebis keikhlasan boleh memberi kita sejuta ganjaran .
keikhlasan itu halus. keikhlasan itu tersembunyi jauh di dalam sudut hati. kadangkala, ia terbenam di sebalik perasaan riak, sombong dan takbur. hanya secebisnya diperlukan untuk amalan kita diterima Allah swt.

tapi harganya mahal.
semahal secubit garam yang datang jauh dari lautan dalam hanya untuk menaikkan rasa makanan di kala kelaparan.

keikhlasan sukar dicari.
sesukar mencari semut-semut hitam di atas batu yang hitam pada malam yang pekat.

di sebalik amalan kita yang terlalu sedikit ini, terselitkah secebis keikhlasan? hadirkah ia atau tiada kah ia?

adakah amalan kita kerana terpaksa? kerana mahu dilihat atau dipuji orang lain?
adakah amalan kita yang terlalu sedikit ini diterimaNya? atau ia bagai debu-debu yang tidak bernilai di mahkamahNya kelak?

sudah cukupkah kebajikan di dalam kitab amal ku untuk dipersembahkan di hadapanNya jika aku dijemput malaikat izrail pada esok hari?

ingatlah bahawa amalan yang banyak bukanlah jaminan untuk mencium haruman firdausiNya jika keikhlasan itu tiada.

7 AnDA KaTE???:

Lydia Miza said...

sia2 saja semuanya jika ia dilakukan tanpa keikhlasan

nur ika said...

^,^kalau tak da org ketuk ta kan tersedar...

poohrist said...

indah nya bahasa

SuRiaNa MohD RaZaLi said...

keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yg hitam di malam yg amat kelam ianya wujud tapi amat sukar dlihat...

iAmCekbolat said...

kdg2 kita tak sedar kita ikhlas =)

CikTeddyCorner said...

ayoi..ku suka bhse2 kamu itu..kih3

@apikoss said...

tinggi bahasa nyaa ^.^