Bukan hanya untuk wanita .
Wahai Manusia , walaupon kau adalah makhluk berakal , tapi contohilah "pokok semalu"
Contohilah "semalu" kerana ia akan kuncup pabila disentuh ,
maka begitulah juga perlu kamu lakukan ,
jangan tunggu sampai disentuh ,
tunduklah kamu pabila ada orang merenung kamu(biar kene pada keadaan).
Contohilah "semalu" yang mempunyai duri pada batangnya ,
tak perlu kamu meletak pisau atau pedang pada badan kamu ,
cukuplah dengan mempunyai akal yang tajam dan jiwa yang kuat untuk pertahankan dirimu .
kerana akal itu ibarat senjata .
Contohilah "semalu" yang mempunyai akar yang kuat ,
pabila kuat akarnya maka kuatlah pegangannya ,
maka kuat adalah pegangan kamu pada agama ,
Contohilah "semalu" yang kuncup pada waktu senja .
ia adalah ibarat kamu pulang kerumah diwaktu magrib ,