Wednesday, August 22, 2012

Raya xde bini

Sesuatu yang sangat sedih beraya sorang²,
tengah syok drive pandang kiri kosong,
drive lagi pandang kiri kosong,
xde sesape pon kat seat sebelah driver,
perit ny bile raya sorang².
kan bagus kalau dapat beraya dengan bini,
terasa macam nak kawin je..
Hahahahhahaha...

Masuk bab kawin,
Nak cari calon senang,tapi masuk bab hantaran yang payah,
Agak² berape la minimum wang hantaran sekarang ea??
Hahahahhahahaha
Kalau leh servey macam servey rim kete kat kedai senang la pulak,
Hehehehehhe
masuk kedai tanya harga siap pasang ape semua,
kalau tak berkenan pg tnye kedai lain pulak,
duk ulang je la bende tu sampai la dapat harga paling murah,

Tungu je la taun depan pulak.
Hahahahaha..
Lambat ny nak cukup umo 23tahun,
waiting,waiting and wanting!

Sunday, August 19, 2012

Air mata syawal

1 Syawal 1433h ,
Permulaan pagi yang letih bagi aku sebab semalam balik pukul 3pg,
pukul 4pg baru dapat lelap mata ni,

Hari ini ia bermula dengan ceria ketika aku t'jaga pabila dengan laungan azan,
Ramadhan telah berlalu dan kini berganti syawal,
persiapan yang serba sedarhana pagi ini,
macam biasa bersiap² untuk ke masjid depan rumah aku ,
selesai solat sunat aidilfitri tiba pula saat beraya dengan family.
dan menanti kunjungan saudara mara dan jiran terdekat,

Disebabkan ais dah habis kat dlm peti ais tu aku pon start kereta nak pegi beli kat kedai terdekat,
masa tu dalam pukul 10.15 am,
bila tiba kat satu simpang ada tanda tanah perkuburan islam dimana arwah atuk dan nenek aku disemadikan ,

Arwah atuk aku yg meninggal tahun 1997 dan nenek aku yg meninggal tahun 2007,
Hati ni terdetik nak pergi ziarah kubur mereka,
bila aku melangkah masuk dalam kawasan kubur aku tengok ramai org yg teresak² menangis sambil menadah doa,
masa tu aku dah terasa sebak dengan suasana masa tu,

Aku pun berjalan terus pergi ke kubur arwah,
Menitik air mata ni bila tengok kubur tu xde org datang ziarah lagi,
Atas kubur tu penuh dengan daun2 kering dan lalang,
Sambil hadiah al-fatiha sambil tu tangan cabut 1/1 lalang ats kubur,
Tampa sedar air mata ni menitik atas kubur,
hari ini aku sedar aku bukan seorang yang tabah,

Masa kat dunia bila sakit boleh jugak telefon anak cucu mintak datang rumah sebab rindu lama tak jumpa,
Tapi bila kat dalam kubur kita hanya sendiri,
Menanti kunjung tiba anak cucu,entah datang entahkan tidak.
1 tahun sekali 2 pon ada yang terlupa ,

Suatu hari nanti aku bakal menjadi bapa,
Aku harap aku mampu ke mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh!Amin Ya Rabbal Alamin.



Tapi sekarang mampukah kita menjadi seorang yang dimaksudkan dalam video ini,
Semua ini bermula dengan kita,
untuk membentuk anak² masa hadapan kita perlu membuat acuan sendiri bermula sekarang!