Sunday, March 18, 2012

Contohilah ia


Bukan hanya untuk wanita .

Wahai Manusia , walaupon kau adalah makhluk berakal , tapi contohilah "pokok semalu"

Contohilah "semalu" kerana ia akan kuncup pabila disentuh ,
maka begitulah juga perlu kamu lakukan ,
jangan tunggu sampai disentuh ,
tunduklah kamu pabila ada orang merenung kamu(biar kene pada keadaan).


Contohilah "semalu" yang mempunyai duri pada batangnya ,
tak perlu kamu meletak pisau atau pedang pada badan kamu ,
cukuplah dengan mempunyai akal yang tajam dan jiwa yang kuat untuk pertahankan dirimu .
kerana akal itu ibarat senjata .

Contohilah "semalu" yang mempunyai akar yang kuat ,
pabila kuat akarnya maka kuatlah pegangannya ,
maka kuat adalah pegangan kamu pada agama ,

Contohilah "semalu" yang kuncup pada waktu senja .
ia adalah ibarat kamu pulang kerumah diwaktu magrib ,

Friday, March 16, 2012

So Sorry


 
kadang² kita rasa kita dah cukup sopan .
Tapi dalam masa yang sama ada orang terasa dengan gurauan kita .
Kita memang takde niat nak buat macam tu .
Tapi pandangan orang .
Dan kita perlu merubahnya untuk kebaikan .

Dan maafkan saya .
Saya lansung tidak berniat lukakan hati awak .
Maafkan saya .
Harap saya dimaafkan .
hurmmmmmmmm .

Khas buat kawan dari zaman Tagged , ym , facebook , skype .
Hope we still can befriend eyh ? 3taun lebey dh kawan kn .

Friday, March 9, 2012

Wanita seluruh dunia


Hari ini hari Wanita seluruh dunia .
Kat bawah tu ucapan khas dari aku untuk wanita .
untuk gadis² pujaan hati hari lain pulak ea .
hehe .



Agak² sebab sambutan hari "WANITA" neh meriah la kot ramai yang jadi "MAK NYAH" .
Dunia - Dunia .
Apa nak jadi la dengan Dunia neh .

Semoga wanita d'luar sana lebih kuat untuk bersaing dengan "MAK NYAH" yang lebey dari pompuan tulen .

Bak kata pepatah " Tangan Yang Menghayun Buaian Itu Boleh Menggoncang Dunia " .

Artikel menarik pasal tangan wanita ( klik je )

Friday, March 2, 2012

ISTIHAR PERANG

Hari ini hari jumaat .

Binatang yang digelar tikus telah membuat aku marah hari neh .
Boley pulak die gigit baju melayu kesayangan aku .
Mahal 2 aku beli .
Buat sakit hati je pagi² jumaat neh .
Baju melayu aku jugak yang die rosakkan .

Patutnya pergi la cari baju perempuan yang dedah sane , dedah sini .
Yang 2 sepatutny dirosakkan .
Baru la betul kalau nak jadi perosak .

Harap kau binatang je . 
Kalau la tikus 2 faham pe yang aku cakap aku dah tangkap dh die .
Ajo die pergi rosakkan baju perempuan yang suke² dedah aurat 2 .

Dan hari ini aku "ISTIHAR PERANG" dengan tikus .
Tengok la malam neh aku pasang perangkap banyak² .
Bia mampus lagi kau tikus .