Sunday, November 27, 2011

Salam Awal Muharam .



Gambar hiasan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, 

syukur kita kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah.
Bersempena dengan ketibaan tahun baru Hijrah 1433 saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua sahabat , khususnya muslimin muslimat sekalian.
Awal Muharam yang menandakan awal tahun Hijrah mempunyai erti yang amat besar bagi umat Islam. 

Islam melarang sama sekali umatnya berpeluk tubuh dan hanya berdoa mengharapkan rezeki datang menggolek tanpa berusaha. Pernah pada satu ketika sekumpulan orang menemui Rasulullah s.a.w. seraya berkata: "Sesungguhnya Si Anu berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam, serta memperbanyakkan ingatan kepada Allah". Maka sabda Rasulullah s.a.w.: "Siapakah di antara kamu yang menanggung makan minumnya?" Jawab mereka: "Kita semua". Sabda Rasulullah s.a.w.: "Kamu semua adalah lebih baik daripadanya".

Oleh itu, bersempena dengan tibanya tahun baru Hijrah 1433 ini, sewajarnyalah kita mengubah sikap dan memperbaharui azam dengan semangat maju ke hadapan untuk menepati hikmat Hijrah Rasulullah s.a.w. Dan berusaha mendapatkan apa yang kita azamkan . 

Selamat manyambut tahun baru bagi kita umat islam sekalian . semoga kita terus maju dalam pelbagai perkara . Sempena tahun baru  .

"Azam tahun ni tayar 4 "

 “ buang yang keruh amik yang jernih . kuatkan iman perteguhkan peribadi “

Saturday, November 19, 2011

JeJaK KitA 5

Sambungan daripada :

JeJaK KitA
JeJaK KitA 2
JeJaK KitA 3
JeJaK KitA 4


Awak ingat tak yang minggu lepas .
lepas kita balik kerja saya bawak awak lepak tp pntai .
kat kedai " ABC Special aiskrem 2sudu " .
kalau awak tak ingat mmg saya dah boley panggil awak nenek dah .


Sebab dah magrib kita lepak je kedai 2 dulu ,
sebab mak awak kate x elok duk atas jalanraya mase magrib .
kita tengok cerita "TENTANG DHIA" kan ?
sambil makan jagung bakar and ABC Special tetak aiskrem 2sudu .
punye la kedekut tuan kedai 2 bagi aiskrem 2sudu je .


awak ingat tak dialog cite 2 yang :

" Azmi , awak mmg bukan jutawan ,
bukan itu yang saya mahu , pada dhiya ,
awak adalah org yg plg kaya dgn kasih syg yg awak berikan pada dhiya ,
dhiya adalah org yg paling kaya dan bahagia lebih dr permaisuri.
dhiya tahu setiap manusia yg diciptakan tidak sempurna. "

sweet kan ayat 2 .
tapi dalam cerita je r ade ayat cam 2 .
kat luar dari DRAMA jangan harap la nak ade macam 2 .
sebab awak pon xpernah cakap macam tu kat saya .

Bila ea awak nak cakap cam 2 kat saya ? ? ?
To Be Continue.......